KULIAH PERDANA KHAS MUSLIMAT WACANA KHAS FAQ 20 & 21 JANUARI INI! WACANA KHAS FAQ 22 & 24 JANUARI INI! PROGRAM KHAS CAKNA PALESTIN

BIODATA INOVATOR I


Ahmed Sami al-Qodsi, Ph.D memulakan karier beliau sebagai ahli akademik pada tahun 2015, iaitu   sebagai  pensyarah kanan di Pusat Pengajian Pendidikan, Dakwah dan Peradaban Islam, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA) ,  Kampus Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia. 

Beliau memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang  Siyasah Syar'iyyah dari Kolej Universiti Insaniah (KUIN) , Kedah pada tahun 2014. Meskipun telah berjaya memperolehi sijil tertinggi dalam akademik, minat beliau terhadap ilmu tidak terhenti setakat itu sahaja. Beliau meneruskan minat mendalam dalam menuntut ilmu dengan menyambung sekali lagi pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang pengajian Islam di UniSZA dan berjaya menyiapkan Ph.D kedua dan bergraduat  pada tahun 2016 dengan pencapaian Graduate On Time. 

Di peringkat negeri Terengganu, beliau terlibat sebagai ahli penyelidik Program Saintis Islam Terengganu Kohort III 2017 dan ahli penyelidik Program InES-P  Negeri Terengganu 2016 bersama kumpulan penyelidik dari Universiti Malaysia Terengganu. Juga, terlibat sebagai  tenaga pengajar program Memartabatkan Institusi Ulama/Cendekiawan Islam ke Universiti di Jordan, anjuran  Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu(MAIDAM), bagi tahun  2016 & 2017. 

Manakala di peringkat universiti pula, selain mengendalikan tugas pengajaran sebagaimana yang ditetapkan, kewujudan beliau sebagai Arabic native speaker dimanfaatkan dalam program-program pengukuhan bahasa Arab bermula tahun 2015 hingga kini.  Selain itu, sebagai anak jati Palestin kepakaran  beliau berkaitan maklumat yang tepat dan terkini mengenai isu-isu Palestin , disalurkan kepada komuniti melalui siri-siri wacana berkaitan al-Aqsa dan Baitul Maqdis bagi memberi kesedaran dan kefahaman kepada seluruh lapisan masyarakat berkaitan kepentingan dan keutamaan bumi barakah tersebut.